Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang kita sedia maklum, kad SD sangat penting fungsinya kepada kita di era gajet dan teknologi ini. Harga bagi satu unit kad ini juga sangat mahal bergantung kepada saiz dan jenama yang ingin dibeli, maka adalah sangat menyedihkan sekiranya anda terbeli kad SD tiruan.
Walaupun kelihatan dari segi fizikalnya sama, namun tahap kecepatan dan kemampuannya untuk menyimpan fail sangatlah berbeza berbanding dengan yang asli.

Kepada anda yang bercadang untuk membneli kad SD, berikut kami kongsikan 2 kaedah yang boleh dicuba.
kaedah 1
Untuk makluman anda, kad SD yang asli mempunyai maklumat yang dicetak terus pada kad, sekiranya kad tersebut mempunyai maklumat yang di tampal dengan pelekat maka berkemungkinan besar ianya adalah kad tiruan.


Kaedah 2
Seterusnya ialah dengan melihat maklumat kad tersebut dengan menggunakan aplikasi SD Insight yang boleh didapati dalam Playstore.

Dengan meggunakan aplikasi ini, maklumat seperti tarikh , saiz storan dan nombor siri kad akan dipaparkan. Sekiranya terdapat kejanggalan pada mana-mana info tersebut berbanding dengan maklumat asal, maka berkemungkinan kad tersebut adalah tiruan.

Maklumat storan dalaman juga boleh di semak menggunakan aplikasi tersebut.

Itulah sahaja sedikit perkongsian ringkas daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

https://wiser.my/cara-mudah-untuk-me...kad-sd-tiruan/